Twitter – Apa Anda Sedang Lakukan? « Sembang Komputer

Ramai yang bertanya pada aku, apa yang seronoknya tentang twitter? Nak jawab panjang-panjang, takut tak paham. Nak jawab pendek-pendek pon, takut tak sampai mesej. Jadi biar saya terangkan melalui rangkaian yang mudah, melalui blog.Kegunaan TwitterTwitter - adalah satu servis percuma untuk blog mikro. Pendek kata seperti menceritakan tentang status kehidupan anda tetapi dalam 140 patah perkataan....

Firefox

Tidak menjadi kejutan apabila Firefox 3 berjaya memecahkan rekod dunia sebagai perisian yang menerima jumlah download paling banyak pada hari pertamanya. Sehingga kini, Firefox 3 telah dimuat turun sebanyak 8 juta kali, dah jumlah itu masih meningkat dengan laju.

Sebenarnya rekod dunia ini sudah pasti milik Mozilla kerana ini merupakan kali pertama rekod sebegini dicatatkan. Namun begitu pencapaian Firefox 3 memang menakjubkan dan menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap perisian Open Source.

Antaramuka Baru

Skin bagi Firefox adalah berbeza-beza mengikut OS supaya anda selesa menggunakan Firefox baik dalam Windows XP, Vista, Mac, mahupun Linux.

Firefox 3

Add-ons Manager

Kini anda boleh cari dan install add-on, extension, theme dan plugin terus dari kotak Add-ons Manager.

Firefox 3

Smart Location Bar

Apabila anda mula menaip pada address bar, Firefox akan terus memaparkan alamat laman web yang pernah anda lawati sebelum ni. Fungsinya sama seperti Quick Find dalam Opera, cuma Firefox tidak mampu memaparkan kandungan dalam laman web tersebut, hanya alamat sahaja.

Firefox 3

Lindungi Anda Dari Laman Web Yang Merbahaya

Klik pada favicon satu-satu laman web dan Firefox akan memaparkan maklumat mengenainya. Sekiranya laman web berikut mempunyai unsur phishing, malware, dan sebagainya, Firefox akan memberi amaran.

Firefox 3

Dalam situasi tertentu,virus boleh dibuang secara manual sekiranya anda tahu dimana "root" ia.penggunaan software seperti "hijack this","remover","proses killer" dan sebagainya boleh membantu anda membuang virus secara manual.tetapi jangan mengambil risiko menggunakan software-software ini sekiranya anda tidak pasti dimana virus itu berada.sebarang kesilapan boleh menyebabkan windows corrupt,kehilangan file sistem dan seterusnya terpaksa diformat.
disini saya bagi sedikit panduan secara umum bagaimana untuk mengesan virus dalam sistem:
1-nama entry yang pelik seperti "qwwt",rpqw" dan sebagainya yang belum pernah dilihat sebelum ini.tapi pengguna HP @ Compact kena lebih berhati sebab drivernya ada entry yang pelik seperti "hpqw" @ ape sahaja yang berhuruf "hp" kat depan yang bermakna "Hewlett packet".
2-virus biasanya menempatkan diri dalam komputer sebagai file ".exe" yang kita boleh lihat pada task manager & ".dll" dalam system 32 yang terletak dalam folder windows.
3-dalam task manager terdapat entry "svchost.exe" yang username nama komputer anda.contoh username komputer saya "bisnesboy".sekiranya ada virus,di task manager akan terdapat "svchost.exe" dibawah username "bisnesboy".terdapat banyak "svchost.exe" di situ tetapi dibawah username lain seperti local service,network service&system.entry "svchost.exe" ini jangan diusik.hanya yang dibawah username komputer sahaja adalah file virus.
dari hari ke hari pelbagai virus yang pintar dicipta.bukan sahaja tidak dapat dibuang malah menguasai komputer.sekiranya dibuang,dengan sistem sekali akan terinfek kerana ia sebatikan diri dengan sistem."explorer.exe" adalah sistem tetapi apabila virus bercantum,ia menjadi virus.apabila dibuang,komputer tidak dapat dibuka.skrin akan kosong&gelap.kemungkinan beberapa ayat akan muncul seperti "ntdlr is missing" dan sebagainya.

About Me

My photo
kAy-eL, HuLu LaNgat, Malaysia