Firefox

Tidak menjadi kejutan apabila Firefox 3 berjaya memecahkan rekod dunia sebagai perisian yang menerima jumlah download paling banyak pada hari pertamanya. Sehingga kini, Firefox 3 telah dimuat turun sebanyak 8 juta kali, dah jumlah itu masih meningkat dengan laju.

Sebenarnya rekod dunia ini sudah pasti milik Mozilla kerana ini merupakan kali pertama rekod sebegini dicatatkan. Namun begitu pencapaian Firefox 3 memang menakjubkan dan menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap perisian Open Source.

Antaramuka Baru

Skin bagi Firefox adalah berbeza-beza mengikut OS supaya anda selesa menggunakan Firefox baik dalam Windows XP, Vista, Mac, mahupun Linux.

Firefox 3

Add-ons Manager

Kini anda boleh cari dan install add-on, extension, theme dan plugin terus dari kotak Add-ons Manager.

Firefox 3

Smart Location Bar

Apabila anda mula menaip pada address bar, Firefox akan terus memaparkan alamat laman web yang pernah anda lawati sebelum ni. Fungsinya sama seperti Quick Find dalam Opera, cuma Firefox tidak mampu memaparkan kandungan dalam laman web tersebut, hanya alamat sahaja.

Firefox 3

Lindungi Anda Dari Laman Web Yang Merbahaya

Klik pada favicon satu-satu laman web dan Firefox akan memaparkan maklumat mengenainya. Sekiranya laman web berikut mempunyai unsur phishing, malware, dan sebagainya, Firefox akan memberi amaran.

Firefox 3

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
kAy-eL, HuLu LaNgat, Malaysia